Rabu, Jun 17, 2009

Asal-Usul

Merupakan bekas kawasan paya dan sawah padi. Terletak dalam Mukim Air Putih. Ia merupakan sebuah pusat latihan dan rekreasi satu-satunya di Daerah Pendang. Pendang Lake Resort di kelilingi oleh kawasan sawah padi. Pembangunan asal oleh Majlis Daerah Pendang. Kemudian telah disewa kepada Wasilah Bumi (M) Sdn.Bhd. (Kini dikenali sebagai ZULHA Sdn. Bhd.) pada Jun 2004.

Pendang Lake Resort turut dikenali juga sebagai Kolam Mada oleh penduduk setempat, kemudiannya ditukarkan kepada Rumah Rehat Pendang. Ia mula menjalankan operasi pada tahun 2003 dengan bilangan bilik hanya 10 buah, 1 dewan dan 2 asrama.

Bermula pada 01 Januari 2006, Pendang Lake Resort telah memulakan operasi sepenuhnya dibawah pengurusan syarikat Wasilah Bumi (M) Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat milik penuh bumiputera.

Kini Pendang Lake Resort telah menapak atas nama Pendang Lake Resort Sdn. Bhd. pada 22 Mei 2008.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan